Nadi X Esukan: Keselamatan Akaun & Data Pemain E-Sukan
17 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mei 2026 bersamaan hari Sabtu, Kelas LMS Keselamatan Akuan & Data Pemain e-Sukan telah dijalankan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan langkah-langkah yang diambil untuk melindungi akaun pemain e-sukan serta maklumat peribadi dan data permainan mereka daripada ancaman seperti penggodaman, kecurian identiti, penipuan, atau kehilangan data.
Aspek keselamatan akaun:
• Menggunakan kata laluan yang kuat dan unik.
• Mengaktifkan pengesahan dua faktor (2FA).
• Tidak berkongsi maklumat log masuk dengan orang lain.
• Berhati-hati terhadap pautan atau mesej phishing.
Data pemain yang perlu dilindungi:
• Nama pengguna (username).
• Kata laluan.
• Alamat e-mel.
• Maklumat pembayaran atau transaksi dalam permainan.
• Statistik permainan dan rekod pertandingan.
• Maklumat peribadi seperti nombor telefon atau alamat.
• Kepentingan keselamatan akaun dan data:
• Mengelakkan akaun dicuri atau digodam.
• Melindungi privasi pemain.
• Mengelakkan kerugian kewangan akibat pembelian tidak sah.
• Menjamin integriti pertandingan e-sukan supaya adil dan bebas daripada penyalahgunaan akaun.
Secara keseluruhannya, sesi ini memberi pendedahan kepada peserta tentang Keselamatan Akaun & Data Pemain E-Sukan ialah usaha melindungi akaun permainan dan maklumat pemain daripada akses, penggunaan, atau penyebaran yang tidak dibenarkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: